Saturday, June 9, 2012

WWW1 untuk Kereta Sultan Johor Yang Mana Satu?

Salam y'alls..

Isu Plat WWW1 milik Sultan Johor dengan harga RM520,000 menjadi hangat dan mendapat perhatian dari seluruh pelusuk Malaysia gitu. Mesti semua tertanya² kenderaan Sultan yang mana satu bakal dapat no plat termahal ni ek? Meh cekidaut:

Sumber: Facebook Johor Darul Takzim

Macam² komen yang boleh kita baca mengenai gambar ni. Ada yang kata ini adalah sindiran makan dalam dari Sultan Johor. Sejauh mana kebenarannya, hanya Sultan je yang tau.

Sokonglah barangan buatan Malaysia.


Wednesday, May 30, 2012

Mesej Twitter: Nizar mohon maaf




IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.


Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Sumber: Sinar Harian


Tuesday, May 29, 2012

Wanna see a 4x4 drift or pull up to 3,000 kgs? Make it happen and vote for the most extreme #FordRangerChallenge


The all-new Ford Ranger is making its grand entrance to Malaysia very soon. Stay tuned for details on this exciting vehicle that redefines the Lifestyle Pick-up segment.


Mission
Extensively tested on five continents, the all-new Ford Ranger will eventually be sold in 180 markets.


Company Overview
Ford Motor Company, a global automotive industry leader based in Dearborn, Mich., manufactures or distributes automobiles across six continents. With about 164,000 employees and about 70 plants worldwide, the company’s automotive brands include Ford and Lincoln.


Description
Ford Ranger Malaysia reserves the right to delete any comments that contain vulgar or abusive language; pornography; personal insults; ethnic slurs, or any statements that incite violence. We may also delete comments that are spam, clearly “off topic” or that promote irrelevant services or products.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...